Saturday, February 21, 2009

Kisah Petai

Ada seorang asli baru balik daripada mencari petai. Kemudian bertemu dia dengan seorang peraih petai Cina. Berundinglah kedua orang tersebut. Bersetujulah mereka dengan tawaran harga RM 1.00 bagi satu papan petai. Cina itu mengatakan ia akan datang mengambilnya kemudian.

Seketika peninggalan peraih Cina tersebut, datang seorang Melayu berselisih pula dengan pencari petai tadi. Berhenti ia bertanya "En., petai ini juallah kepada saya.". Tapi orang asli itu enggan. Katanya "Saya sudah janji dengan Cina tadi". "Dia akan datang mengambilnya petang nanti".

"Juallah En., berapapun dia bayar, saya sanggup bayar". Namun orang asli itu tetap enggan menjualnya. Selepas menggunakan segala jenis pujuk rayu, akhirnya berjaya juga ia membeli petai itu. Ia pun pulanglah dengan gembiranya. 100 papan semuanya petai tersebut, telah diborong kesemuanya.

Sampai di rumah, selepas berehat seketika, terasa di hati kecilnya untuk mengira jumlah petai yang ada. alangkah terkejutnya, bila mendapati hanya 90 papan sahaja. Mana perginya 10 papan lagi. Tercicir dalam perjalanankah?. Mana mungkin?. Ia berasa tidak puas hati. Ia segera turun ke bawah rumah, mengambil motosikal kapcainya, dengan penuh semangat geram bergegas dan meluncur macam roket ke rumah orang asli tadi.

Sampai di sana terus bertanya kepada orang asli tadi. "Tadi aku bayar kau untuk 100 papan. Kenapa kau beri aku hanya 90 papan sahaja?. Orang asli itu dengan selamba rocknya berkata "Itulah encik, saya sebenarnya nak tipu Cina, tapi encik nak juga".

Soalan Licik, Jawapan Cerdik

Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu).

Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : "Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"
Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!".

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik.

Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.

Pengetua: Apa 3 x 3?

Abu: 9

Pengetua: Apa 6 x 6?

Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan.

Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6".

Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?". Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?

Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?

Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?

Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar lembik dan melekit?
Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, si Abu terus menjawab.

Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.

Abu: Bersalaman

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?

Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.
Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.

Abu: Khemah

Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.

Abu: Cincin perkahwinan

Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.

Abu: Hidung

Cikgu Murni: Saya batang yang keras.
Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.

Abu: Anak panah

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?

Abu: Okay

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of heat and excitement?

Abu: Firetruck

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont get it you have to use your hand.

Abu: Fork

Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It's longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?

Abu: Surname
Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?

Abu: Heart


Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah".

p/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning.....hehehe

Beruk Orang Bela ...Satu Alkisah

Mat Daik tinggal di Tumpat, Kelantan. Dia ada seekor beruk peliharaan yang pandai memanjat pokok kelapa. Pendapatan sampingan Mat Daik ialah menggunakan beruk peliharaannya itu untuk mengambil upah memetik kelapa dari masyarakat sekitar Tumpat.

Tetapi malang sungguh nasib Mat Daik apabila suatu hari beruk peliharaannya telah mati akibat suatu kejadian yang sungguh menyayat hati (sehingga tidak mampu di taip dengan sebarang perkataan pun…fuh!).

Akibat tragedi tersebut, Mat Daik selalu murung dan bersedih. Kesedihan Mat Daik turut dirasai oleh orang kampungnya dan juga mereka yang pernah mendapat khidmat daripada beruk Mat Daik.



Untuk menghilangkan kesedihannya, Mat Daik telah pergi ke rumah sahabatnya yang bernama Rani. Rani tinggal di Marang, Terengganu. Rani sebenarnya adalah teman seperguruan Mat Daik semasa mereka menuntut ilmu pemeliharaan beruk suatu ketika dahulu.

Kedatangan Mat Daik disambut gembira oleh Rani dan pemergiannya ke kampung Rani lebih-lebih menggembirakan Mat Daik. Ini adalah kerana Rani mempunyai seekor beruk yang saling tak tumpah dengan beruknya dahulu. Rani memanggil beruknya sebagai Bob. Kesedihan Mat Daik sedikit terubat apabila dia berada bersama-sama dengan Bob. Tetapi yang lebih menjadikan Mat Daik teruja ialah kerana kecekapan dan kehebatan Bob dalam mematuhi semua arahan daripada Rani. Bob akan memanjat pokok kelapa dengan tangkasnya apabila disuruh dan akan memetik kelapa yang tua atau kelapa muda hanya dengan arahan daripada Rani.


Setelah hampir 1 minggu di Marang, Mat Daik ingin pulang ke Tumpat. Tetapi dia mempunyai satu harapan iaitu ingin membawa Bob bersama-samanya. Dia tidak tergamak untuk menyuarakan keinginan itu kerana mengenangkan persahabatannya dengan Rani. Bagi diri Rani, dia memahami suara hati sahabatnya itu, lalu dia membenarkan Mat Daik untuk membawa pulang Bob bersamanya selama sebulan. Mat Daik sangat gembira dan terus memeluk Rani dan berjanji akan menjaga Bob sebaik mungkin. Rani kemudiannya mengajar Mat Daik arahan-arahan yang perlu diberi kepada Bob untuk memetik kelapa nanti.


Orang kampung Mat Daik sangat gembira apabila melihat dia sudah pulang dengan wajah yang ceria dan bersamanya seekor beruk yang seiras dengan beruknya dahulu.


Mat Daik menceritakan segala yang telah berlaku sewaktu di Marang dan berulangkali memberitahu akan kehebatan Bob. Dengan tidak berlengah dia terus membawa Bob dan orang kampungnya pergi ke kebun kelapa Pak Majid. Di situ juga dia berkata kepada Bob, “ Panjat Bob…panjat”. Sebaik menerima arahan tersebut, Bob yang dari tadi asyik menggigit batang tebu terus mencampakkan tebu itu dan mulalah memanjat pokok kelapa itu. Orang kampung mulalah bersorak gembira melihat kehebatan Bob memanjat pokok itu yang begitu pantas sekali. Mat Daik tersenyum girang mendengar sorakan orang kampungnya. “ Ha..ambik hok tuo..hok tuo..jange hok mudo!”(Ha ..ambil yang tua..yang tua..jangan yang muda) Mat Daik memberikan arahan seterusnya.Akan tetapi …si Bob tidak bergerak. Dia hanya memandang ke bawah terkebil-kebil. “ Bob…kawe kato ambik nyor tuo tu…ha…tu hok tuo depe demo tulah.”( Bob.. saya kata ambil kelapa tua tu…ha..tu yang tua kat depan kau tulah) sambung Mat Daik lagi. Bob masih tidak berganjak dan terus terkebil-kebil memandang ke arah Mat Daik dan orang kampungnya.


Bila melihat Bob yang tidak berganjak itu, Mat Daik merasa hairan lalu terfikir mungkin Bob keletihan kerana perjalanan yang jauh. Dia berkata “ Ha ..turun..turun .” Bob terus turun bila mendapat arahan itu.


Pada keesokan harinya. Mat Daik membawa Bob memanjat pokok kelapa di depan rumahnya. Perkara yang sama telah berlaku . Bob hanya menerima arahan ‘panjat’ dan ‘turun’ sahaja. Mat Daik merasa hairan dengan kejadian ini. Segala kehebatan Bob yang diwar-warkannya kepada orang kampung tidak dapat dibuktikan. Mat Daik mula merasa malu dengan orang kampungnya. Kejadian ini berlarutan selama 6 hari dan masuk hari ke 7, Mat Daik telah menelefon Rani dan menceritakan segala apa yang telah berlaku. Rani berjanji akan pergi ke Tumpat pada keesokan harinya.


Malam itu Mat Daik tidak dapat melelapkan matanya. Bermacam-macam kemungkinan bermain di benaknya. Mungkinkah Bob sakit? Atau mungkinkah Bob rindukan Rani? Pelbagai kemungkinan dibayangkannya sehinggalah ke waktu Subuh.


Lebih kurang pukul 12 tengahari kelibat Rani pun kelihatan dan Mat Daik menyambut Rani dengan penuh kegusaran pada wajahnya. Berulang-ulang kali lagi dia meminta maaf daripada Rani atas segala kesulitan tersebut. Rani dibawa ke kebun kelapa Pak Majid. Rani meminta Mat Daik tunjukkan bagaimana arahan yang diberikannya kepada Bob supaya mengambil kelapa tua. “ Ha …panjat Bob..gi ambik nyor tuo tigo butir.”(Ha ..panjat Bob.. pergi ambil/petik kelapa tua tiga biji) Bob pun mulalah memanjat pokok itu tetapi seperti 6 hari yang lalu dia hanya memanjat dan kemudian terkebil-kebil memandang Mat Daik di bawah. Rani pun tersenyum kerana dia mula dapat mengagak akan masalah yang sebenarnya. Rani meminta Mat Daik menyuruh Bob memetik kelapa muda pula. “ Bob..demo ambik nyor mudolah pulok..ha ..nyor mudo..mudo.”(Bob..kau petik kelapa mudalah pulak..ha…kelapa muda..muda) Bob hanya terkebil-terkebil sahaja.


Rani pun segera mengeluarkan arahannya “Bob..ambik hok MUDER…HA..MUDER..” (Bob petik yang muda..ha…muda) mendengar sahaja arahan itu terus Bob memetik kelapa muda beberapa biji. “ HA..HOK TUER..TUER..”(Ha..yang tua..tua) Rani memberi arahan selanjutnya. Bob terus memetik beberapa biji kelapa tua sebagaimana yang diarahkan. Mat Daik pun menggaru kepalanya akan insiden ini sambil Rani ketawa terbahak-bahak kerana baginya ia amatlah menggelikan hatinya. Rupa-rupanya Bob adalah seekor beruk dari Marang, Terengganu yang tak faham akan loghat Tumpat, Kelate dari Mat Daik….kah..kah..kah!!!




Moral: Jangan pelihara kucing Parsi kalau tak tahu cakap Parsi. Binatang pun faham loghat tempat asal dia aje.

Friday, February 20, 2009

Booking Now!!!




It's my pleasure to create it for you!
* Please leave your message to booked the t'shirt!
* Black color only! (design 1) = RM30
* White color only! (design 2) = RM30
* Buy couple tshirt only RM50 (design 1 + design 2)

LAST FOR BOOKING : 28/02/2009

AkU LaHiR TaHuN 80-an...

Sure korang teringat balik zaman2 skolah dulu... kita membesar dgn menonton G-Force, He-man, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron. berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?... hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah... Buku dalam beg punyelah banyak dan memberatkan. Malas tengok jadual..last2 kita bawak buku yang same Dari hari senin sapailah hari jumaat. Perhimpunan pagi2 kita suke duk paling belakang bagi Budak2 yang nakal lah sbb leh borak2 dengan budak Pompuan.heheheheee.. Mase perhimpunan lak,mesti ade “Kelas yang terbersih pada Minggu lepas adalah…….” Dan “Kelas terkotor pada minggu Lepas adalah.....”..huh!!sepanjang minggu kita menjaga Kebersihan kelas..bagi yang rajinlah kan??? ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal. ni sure korang igt... program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb... cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. pukul tapak tangan... kan? semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek kat kantin. time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu... ada yang suka stoking tebal laaa... mase petang2 suke jalan2 naik basikal..x pon modify beskal..sepit udanglah..spoket matilah..paling best kalu ade basikal GT…huh!!!anak orang kaya beb!!! internet? email? mendalah ape tu? CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr. tiket wayang pun 5 inggit je. kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, 'Ti Kam'. bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class. tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh... lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal. lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa... permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police & Sentry', kejar2 duduk... kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2 color tu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die! lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni. baling2 kapur laa. hmm... budak2 kat university skarang, kebanyakan nye lahir thn 1987/88. skarang digelar 'remaja'. bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the Children... ' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg Westlife nyanyi... .bkn Billy Joel nyanyi... bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam. AIDS wujud sejak diorg lahir. CD pun wujud time diorg lahir. Michael Jackson dah putih dah time tu. Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru. Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer. Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'. Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih... dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control. dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone... hmm... jom kite check, kite ni dah tua ke: 1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum 2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin paling koman pun dah kapel..pastu menyesal… napelah aku xtekel je minah ni dulu… 3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je 4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone 5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari 6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu... 7. last skali, bile dah bace email ni, korang akan terpikir utk forwardkan dkt member2 lame korg. Sure diorg suke punye laa... hehehe Yaa, kite pun dah semakin tua!! Teringat zaman2 dulu kan? Cheers to the 80s babies!!!

Wednesday, February 18, 2009

Test... Test... Test...

Salam to aLL bLoggErs...

Actually aku ni xderla pndai sgt dlm membuat bLog nie...
Nie aku saje je nk try, test almaklumlah xnk ketinggalan dengan dunia teknologi yg serba canggih nie...
Hahahaha...

Kepada korang yg pndai dlm pembinaan web @ blog ni...
Tlg² aku yg baru nk blaja ni...
Huhuhu...

Okla...
Aku rase cukuplah smpai cni dulu...
Any comment, di alu²kan...
Adios~....

Salam...